Suka sungguh aku dengan inai, sampaikan tahun lepas aku rasa banyak kali aku buat. Sebelum ni aku ada post cara buat inai, tapi kali ni aku post berserta gambar sekali. Tapi gambar pun aku snap guna webcam ja...huhuhu, kamera ada problem so terpaksa la guna webcam. Insyaallah,ada kamera baru nanti aku letak gambar banyak-banyak nanti! Ok, selamat membaca dan maaf, gambar tak lawa!!!

Daun inai yang aku guna. Selalunya aku pakai petik je daun inai, tak tau pun kalau warna daun inai tu hijau atau berbintik hitam ini boleh bagi warna yang berbeza. Ada la jiran kat rumah ni yang bagitau,inai yang berbintik-bintik hitam ni boleh bagi inai lagi merah. Rasanya betul sebab ada sebelum ni aku cuma guna daun inai semata-mata saja, tak campur kopi dan teh, warnanya lagi merah dan terang.
Masukkan daun inai penuh macam ni.
Daun inai dah masuk dalam blender. Guna blender
kering, kalau guna blender basah/ blender biasa tak jadi. Inai jadi berair
sebab dimasukkan air dan tak boleh nak kepal. Blender kering ni semua dah tau
kan, tak perlu tambah air kan. ~~ (^^,)
Nah, lagi!!! Siap sedia untuk blender!!
Rupa daun inai dalam blender,huhuhu, ni pun
nak bagitau jugak ka??? Poyonya!!!
Oops! Sebelum tu, masukkan ½ sudu kecil teh,
½ sudu kecil kopi dan 2 sudu kecil nasi sejuk. Tapi, masa aku buat ni aku terrr….termasukkan
1 sudu kecil teh dan kopi, jadi inai aku agak gelap, bukanlah hitam terus tapi
kali ni jadi merah gelap, aku suka inai yang warna merahnya merah terang. Tapi kalo
nak merah gelap buatlah macam aku buat ni. Hasilnya kita tengok nanti.
Disebabkan aku tak ambik gambar inai yang
dah siap, terpaksalah aku cerita banyak sikit kat sini. Masa nak blender inai
tu, kena ulang banyak kali untuk melumatkan
inai tu. Aku kira dalam 10 kali jugak aku buat!!! Sebabnya bila daun inai tu
dah lumat, dia lekat kat tepi so kena berhenti blender, ambik sudu kais inai yang dah lumat tu. Kemudian , tutup balik
dan goncang-goncang sikit bekas blender tu bagi daun inai rata balik. Sebab tu kena berhenti, goncang
dan sambung blender. Buat la sampai kita dapat segumpal inai yang lumat, good
luck ye!!!

Tips nak bagi inai tu tak comot dan berlemoih (betoi
ka eja ni?), sebelum nak pakai inai boleh pakai selotep keliling jari, make
sure satu ruas. Pas tu boleh terus pakai inai. Kat bawah ni aku bagi tips mudah
nak bubuh inai kat jari.
- >>> Pakai inai lepas dah makan
malam dan selesai solat isyak. Nanti tak la kalut sangat tak makan lagi, tak
sembahyang lagi. Nanti kan jadi kaluttttt pulak!
- >>> Nak mudahkan pakai inai ni,
basahkan dulu tangan dengan air. Letak semangkuk air kat tepi masa nak kepal
inai,tak la nanti jeri-jemari tu kering. Celup jari dalam air tu untuk mudahkan pemakaian inai.
- >>> Untuk tukang letak inai, pakai
la sarung tangan plastik. Tak mau pakai pun tak pa kalau dia pun nak pakai inai
jugak nanti.
- >>> Nak tido bungkus la tangan
dengan plastik, tujuannya tak mau kotorkan cadar masa tidor nanti.( tangan jadi
berkewap la…)
- >>> Inai ni nanti bila dah kering,
dia akan mengecut sampai kering, kering keras pulak tu. Itu maknanya jari dah
menyerap semua getah inai tu.Kiranya biar untuk satu malam.
Siap!!! Gaya pertama, regangkan jari jemari!!!
Gaya kedua, rapatkan kembali!!! (Dah mcam muncung buaya aku tengok)

Gaya terakhir, see my thumb??? Hehehe
![]() |
| Sebelum dan selepas |



maksud guna teh tu . Teh yg serbuk tu ke atau amek dr teh uncang punya serbuk ?
ReplyDeleteboleh lh try buat ni hehehe....
ReplyDeleteboleh lh try buat ni hehehe....
ReplyDeleteguna teh serbuk, saya guna teh Lipton,mana2 brand teh pun boleh! :)
ReplyDeleteKopi tu guna nescafe bule ke? Hihi. Bape lama tahan inai ni kat jari?
ReplyDeleteguna serbuk kopi yg pure tu! kalo nescafe tak jadi!
Deletekalo saya la kan, dalam sebulan lebih jugak la tahan especially kat kuku, tapi yg kat jari tu sat je,dlm smggu lebih dia pudar la,selamat mencuba ye!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau tambah serbuk teh dgn kopi tu, memang even ambik wuduk pun air still boleh lalu ke? means wudhuk memang sah?
ReplyDeleteKalau daun inai dah warna oren oren tu boleh kee ? And kalau tak letak nasi tu ? Boleh tak eh ?
ReplyDeletejual tak? mcm cantik je.. daun inai takdok kat sini :)
ReplyDeleteSalam, nak tanya skit, kalau daun inai dah oren oren, masih boleh guna tak?
ReplyDeleteKat mana nak beli gambir ya?
lili saya ad gambir..gAmbir act ad kt sarawak...kt smnanjong sy x pasti...fungsi nya jzt nak bagi jari tu kebas...maksudnya mcm rsa gatal2 nak kutil2 masa pakai tu..x da...
Deletelili saya ad gambir..gAmbir act ad kt sarawak...kt smnanjong sy x pasti...fungsi nya jzt nak bagi jari tu kebas...maksudnya mcm rsa gatal2 nak kutil2 masa pakai tu..x da...
Deletekalau kita tak letak nasi pun boleh tak
ReplyDeleteKalau kopi pure tu jenama apa ehh ? Kopi kapal api boleh ke?
ReplyDeleteMcm mane nk dapatkn inai jadi warna hitam utk warnakn rambut?..
ReplyDeleteUntuk dapatkan hasil warna merah terang di kuku, blend daun inai tanpa air. Pastikan daun inai di blend halus...titiskan beberapa perahan lemon. Siap untuk dipakai. Selamat mencuba. @boombaxboom
ReplyDeleteAda buat inai..tp color dia oren jernih je..Mcm mna nk jadikan inai tu color merah..ada solution x
ReplyDelete