Read more...
Julai 2008, bermulanya pengajian dan hidup aku di universiti
Universiti dekat pulak tu, 15 minit ja dari rumah
Dan bermulalah hidup aku sebagai budak universiti
Mula-mula masuk tak rasa apa sebab UUM merupakan tempat aku main dari kecik lagi…
Tapi walaupun dekat, baru aku tau dan rasa hidup kat universiti
Rupa-rupanya tak senang namun tak juga susah
Sebab apa aku kata macam tu?
Sebab selagi ada daya dan usaha, usaha yang tak pernah berhenti kita pasti boleh berjaya
Walaupun kadang-kadang dah rasa nak angkat bendera putih dan menyerah kalah ja
Tapi dengan ikhtiar nak lawan semua masalah, akhirnya berjaya jugak tamatkan pengajian aku selama tiga tahun lebih…
Kenapa lebih? Hehe, anda sebagai pelajar yang macam saya mesti paham…
Dan sebenaqnya, tujuan aku tulis semua ni aku nak imbas kehidupan semasa dan selepas tamat belajar
Sebenarnya kehidupan di universiti ada bagusnya dan ada jugak yang tak bestnya yang selalu bawak stress….haish, stress!!!
Oklah kalau kat univesiti, kalau nak buat apa pun mesti kena jalan kan???
Nak makan, nak beli top-up, nak beli buku,majalah dan pen segala bagai termasuk highlighter pun kena jalan…
Berjalan ke kedai kat DPP ataupun Mall
Nak dating pun jalan jugak kan??? Haha, kalau tak dating pun setakat nak jalan petang-petang hari pun kena jalan jugak kan?
Nak beli barang kena pi Mall, nak jalan-jalan ambik angin pun pi Mall jugak
Kalau rajin nak pi kelas jalan kaki pun jalan kat Mall jugak
Kalau ikut jalan lain pun boleh jugak kan, ikut jalan tasik yang kat belakang DPP Petronas
Pendek kata kehidupan di UUM bagi aku,memang banyak jalan
Jalan pun jalan la, janji siap kerja-kerja aku
Sebab kalau tak jalan tak siap la segala assignment
Dan tak jalan la segala discussion yang penting untuk siapkan assignment yang berlambak tu
Dan tak jalan jugak la projek-projek yang tiap-tiap minggu ada ja buat
Dan aku baru sedaq…betapa aku merindui kehidupan di UUM
Paling penting bila berjalan, barulah kerja jalan dan badan pun rasa sihat kan
Buat budak-budak yang suka berjalan seperti aku, walaupun kemudahan bas dah ada tapi masih lagi suka berjalan demi ambil angin segar
Ingin aku katakan betapa aku RINDU SEKALI dengan semua tu!!!
Sebab elok ja dah habis belajaq, walaupun dah kerja perasan tak kita dah kurang berjalan…
Kan, kan? Rasa tak badan macam dah naik? Hehe…
Aku pun rasa badan aku dah naik…huhuhu, kerja buat tapi tak banyak berjalan
Cuma duduk kat kerusi kerah otak buat kerja…
Lain dah kan…ohhhh, betapa aku merindui kehidupan di universiti
Yang walaupun buat kita stress dan adakalanya happppyyyy!!!
Jadi, memori ini akan kekal dan jadi pengalaman buat diri aku
Dan apa yang penting! Kena berjalan la banyak sikit~~~badan dah naik ni
Sekian, episod dalam diri aku tamat…Heee ^^~~~