Read more...

Tuesday, 29 January 2013

Kucing & Spekmatanya (^O^)

 Ewah2, kucing ni...
Eksyen nooo.....

Petua untuk kulit bermasalah : Skrub & Masker



Lama tak update blog ni. Dekat lima bulan lamanya tak, patut la berhabuk!!! (mana habuknya, tak nampak pun…) bukannya apa, kadang-kadang mood nak menulis tu terus hilang bilamana sebelum ni aku banyak post entri bergambar je. Oklah dari aku melalut terus,nilah entri yang aku cuba buat kali ni.


Sepanjang tahun 2012 yang lalu, banyak petua-petua tradisional yang aku cuba terutamanya nak merawat jerawat yang selalu tumbuh kat muka ni. Nasib baik bukan jerawat yang teruk-teruk tu cuma jerawat yang naik sebijik dua kat muka ni. Maklumlah, kulit muka ni jenis berminyak tapi bukanlah tahap serius yang boleh buat goreng ikan tu! Hehe! Tak berminyak sangat dan tak berminyak sangat. Petua-petua ni aku dapat dari majalah Mingguan Wanita, kat blog-blog yang aku jumpa dan kat Youtube. Tapi kan,aku dah tak ingat blog dan video tu nama apa…hehe. Aku Cuma taip terus dapat, baca petua dan tutup.Yang penting petua tu aku ingat! Ok, antara bahan-bahan yang aku dapat dengan senang ialah limau kasturi, asam jawa, beras, madu, oat. Bahan yang aku nak tapi tak ada di rumah, minyak zaitun. +_+ . Takpalah, buat guna apa yang ada je dulu.

Limau Kasturi

Nasib baiklah kat rumah ada pokok limau kasturi ni. Petik je tepi rumah.
Tepi rumah?
Sebelah rumah pun boleh, itu pun kena mintak kat jiran sebelah la!
Oklah janji limau lah. Limau kasturi ke, limau nipis, limau purut, lemon, itu nanti aku cerita.
Ni Limau kasturi dulu ok! Sebab kat rumah aku ada yang ni je. Nak guna limau nipis pun boleh.
Apa yang aku buat ialah, aku perah limau kasturi tu dan terpulang sama ada nak campur sikit dengan air ataupun tak (dalam kes aku, aku tak campur pun), kemudian sapu kat muka dan biar sekejap sampai jus limau tu meresap ke dalam kulit, kemudian bilas.
Lebih elok kalau buat sebelum mandi.  Ataupun sebagai masker sebelum tido.
Tujuannya nak hilangkan minyak di muka, menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit muka.
Tapi ni untuk kulit berminyak, bukan untuk kulit muka sensitif ye, pedih tu! Tapi bukanlah pedih menyucuk, pedih sikit je.
Pengalaman aku, kat pipi aku ada 2,3 bijik jerawat dan dalam satu malam lepas aku sapu jus limau ni, jerawat dan mengecut bila bangun keesokannya. Cepat giler!!!
Buat la dalam dua, tiga hari untuk nampak keberkesanannya. Ataupun sampai jerawat dah hilang.


Asam Jawa
Fungsi asam jawa ni pun sama jugak macam limau nipis, nak menghilangkan minyak di muka.
Lagi asam jawa ni boleh melicinkan kulit muka dan menegangkan wajah.
First time aku buat, muka jadi tegang dan licin! Cara dia, ramas asam jawa sekali dengan bijik dan serat.
Lepas tu ambik pati asam jawa tadi, sapu kat muka.
Apa yang aku buat, mula-mula aku sapu kat seluruh muka,pastu gosok-gosok sikit, jangan ganas-ganas tau.
Aku gosok kat hidung dan dagu. Kemudian aku picit-picit sikit kat hidung dan dagu untuk buang buntil-buntil minyak yang warna kuning jernih tu…biasa dok picit hidung dan dagu tu taulah no! Memang petua ni sesuai untuk aku,hehe!

Beras

Banyak kegunaan beras.
Boleh menghaluskan kulit, memutihkan kulit, boleh buang bintik-bintik hitam kat hidung.
Aku pernah muka buat skrub muka dan skrub badan dengan beras ni.

Mula-mula aku buat, simple je. Beras semata-mata tak campur dengan  bahan lain.
Ambik dalam satu atau dua genggam beras, goreng beras sampai perang sikit tanpa menggunakan minyak.
Kemudian, kisar guna pengisar kering ataupun dry blender. Kisar sampai dia halus, boleh ulang blender 2,3 kali tapi aku kadang-kadang  3 kali!
Dah siap ambik dalam sejemput, gosok-gosok kat muka yang dah dibasahkan dengan air. Gosok lebih sikit  especially kat hidung dan dagu,  biar sekejap sampai kering dan bilas muka. Rasa licin tau!

Cara kedua, ambik dalam sejemput jugak campur dengan air sikit bagi likat, gosok-gosok kat muka dan biar sampai kering dan bilas muka. 
Kiranya 2 dalam 1, skrub dan masker.

Cara ketiga aku buat masker beras ni, aku campur banyak bahan.
Aku sekalikan beras, oat, madu dan limau kasturi.
Boleh buat untuk muka dan badan.
Aku guna dalam 2 sudu besar untuk beras dan oat.
Kisar asing-asing beras dan oat sampai halus.
Campurkan sekali dalam mangkuk ataupun bekas plastik kecil untuk memudahkan penyimpanan.
Kemudian dalam bekas yang sama, tambah 2 sudu besar madu dan perahkan  2 biji limau kasturi saiz sederhana dan kacau bagi semua bahan sebati.
Bila nak guna, baik guna sudu plastik dan oh ya, nak kacau tu guna sudu plastik.
Ni nak elakkan madu tu hilang zat bila tersentuh sudu besi.
Sebaik-baiknya lepas dah mandi, sapu skrub ni kat muka atau badan, biar sekejap sampai kering dan bilas. Rasa lembut lepas tu,hehe!

Madu

Oh madu!!!! Madu lebah ye bukan madu yang maksudnya lagi satu tu,hihihi!
Paling senang nak guna madu ni, masker madu.
Masker yang paling simple.
Sebelum nak mula, basahkan dulu muka dan lap bagi kering. Make sure guna tuala muka yang lembut dan jangan lap kasar sangat. <Hehe,macam pernah buat je bunyinya>.
Ok, lepas tu dengan menggunakan berus , ataupun yang tak ada berus muka, guna sudu plastik, sapukan madu kat seluruh muka.
Kalau yang guna sudu plastik, sapu dengan menggunakan belakang sudu plastik.
Biar sampai kering atau dalam 15 minit, kemudian bilas muka.

Oat

Yang oat ni special!!! Aku cukup suka dengan oat!!!
Petua ni aku dapat dari Youtube tak lama dulu tapi, aku dah tak ingat nama dia apa. Kredit untuk dialah.
Bagi yang kulitnya sensitif, kering, kemerahan dan mudah mengalami gatal-gatal di muka, petua ni mungkin sesuai.
Ambik oat dalam segenggam, dan di bawah air yang mengalir perlahan cuba basahkan oat sampai oat jadi macam nestum, agak-agak lembik macam tu lah.
Air oat yang  mengalir tu boleh digunakan untuk membasahkan muka.
Kiranya macam prep;  pra permulaan untuk membasuh muka.
Tepuk-tepuk air oat tu kat muka bagi lembab dulu.
Dan oat tu sapu kat muka macam guna scrub. 
Bagi lebih perhatian sikit kat hidung, pipi dan dagu.
Bagi aku la kan, pengalaman aku buat oat sebagai skrub kan, aku boleh rasakan seperti pencuci dan skrub seperti dua dalam satu jugak.
Oat lagi lembut dari mana-mana skrub tradisonal yang aku pernah buat.
Hasilnya, kulit jadi licin dan liang-liang pori jadi halus.
Merah sebab jerawat pun hilang,Alhamdulillah.

Sekian petua yang aku kongsi di sini. Sekadar mahu berkongsi khasiat dan manfaat bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekitar rumah kita, yang mungkin kita tak sedar sebenarnya senang dan berkesan.