Kalau aku pakai inai ja, mesti orang tanya,
“Hang dah kawen ka??”,
“Lawanya inai, merah macam pakai kaler”,
“Ohhh, kawen tak bagitau kat aku pun…”
Ehem, aku tak kawen lagi, orang tak kawen
pun bleh pakai inai gak
Bukannya nak kena kawen baru bleh pakai
inai daa….
Aku memang suka pakai inai pun, sebab suka
tengok inai yang terang kalernya… nampak cantik dan lagi satu sebab sunnah
pakai inai ni,macam mak aku kata.
Ni aku nak kongsi cara aku buat inai,boleh baca kat bawah ni.
Ni aku nak kongsi cara aku buat inai,boleh baca kat bawah ni.
Yang semua orang tau, inai ni ada yang dari
daun dan ada dalam bentuk serbuk dan dalam tiub
Yang suka guna daun gunalah daun sama ada
tumbuk, giling atau blender
Yang serbuk senang tuang air, kacau dah
boleh pakai, senang kan
Yang dalam bentuk tiub pun senang, beli kat
kedai lepas tu bleh terus lukis
Tapi paling aku suka guna daun, sebab daun
inai memang dah ada kat rumah
Dan hasilnya memang best! Dan setahu aku
yang dalam serbuk pun merah jugak tapi tak semerah inai yang ditumbuk, dan yang
dalam tiub bagi aku agak kureng sket la…
Senangnya ja nak pakai inai ni, ambik daun
lepas tu tumbuk….
Dulu demi inai, aku sanggup tumbuk….tapi
pas tu penat,haha
Kalau ada orang boleh gilir-gilir…tapi
kalau sorang, penat la jawabnya,huhuuuu
Ni bagi aku dululah, sebab dulu yang aku
tau inai je mesti kena tumbuk…blender tak boleh ke?
Boleh sebenaqnya, guna blender kering
Guna blender kering baru jadi, kalau guna
blender basah nanti inai jadi berair pulak.
Kalau nak buat inai guna blender kering,
masuk daun dan kisar.
Masa pertama kali buat daun dia mesti tak blend habis so,
kena buat berulang-ulang kali sampai semua daun dah di blend.
Dan kena goncang sikit blender tu….bukan
goncang masa tangah pusing yer….sila goncang blender panasonic anda dengan
tangan anda, ya bare hands!!!
Nak
lagi merah dan terang, masukkan kopi, teh dan nasik.
Anggaran dalam satu sudu
kecil untuk teh dan kopi dan 2 sudu kecik untuk nasik.
Bahan-bahan ni
dimasukkan masa blender daun inai tu
Lepas dah siap dan semua dah sebati, perah
asam limau, guna limau nipis boleh, limau kasturi pun boleh.
Kalau aku, aku pakai limau kasturi sebab
petik dari kebun je dari rumah, hehe, fresh tu!!!
Lepas dah perah, kacau bagi sebati lagi.
Dan
dah boleh pakai. Untuk cara pakai pulak, kalau nak dapatkkan inai yang cantik
dan tak comot, balut dulu jari ngan salotep ikut ruas jari.
Selalunya letak satu ruas ja tapi kalau nak
lawa lagi, boleh letak dalam dua ruas jari. Akak sepupu aku penah buat masa dia
kawen dulu dan hasilnya, sangat cantik dan menyerlah,hehehe.
Oh ye, buat si tukang pakaikan inai, kalo
tak mau tangan kotor bleh pakai sarung tangan plastik.
Lagi satu, kalau nak dapatkan warna merah
terang boleh pakai untuk satu malam
Sebelum tidur pas dah pakai inai, bungkus
tangan dalam beg plastik kecik…
Sangup…??
Tujuannya tak mau bagi inai tu hancuq dek gaya tidoq yang ganas,hahaha
Tapi kalau tak mau pakai sebab tak mau
tangan tu berkewap, gantung la tangan tu masa tidoq
Ini untuk yang pakai inai sebelah tangan
ja, boleh la gantung tangan tu…sebab aku selalu letak sebelah tangan ja sebab
takdak orang nak buat untuk tangan lagi sebelah,hehe…pembantu takdak la….pas tu
keesokkan hari aku pakai kat tangan sebelah lagi….jadi ambik masa 2 hari…buat
yang pakai inai dua belah tangan pakai la plastik
Jadi buat sapa-sapa yang nak pakai inai tu,
pastikan ada orang untuk bantu ye!
Aku…hehe, orang rumah aku kureng sket nak
pakai inai ni, aku je yang beriaaaa!!!! Haha
Ni cerita aku... orang yang baca macam mana? Harap cerita ini dapat membantu!
(^^,)
p/s: Sori gambaq takdak!!! Sorry sorry~Mian ne~