Read more...

Sunday, 24 February 2013

I Miss You





Lee Soo Yeon (15 tahun) menjadi mangsa buli di sekolahnya kerana ayahnya dituduhseorang pembunuh. Dia bertemu Han Jung Woo(15), anak orang ternama dan ayahnya juga seorang gengster. Jung Woo menyelamtkan Soo Yeon dari menjadi mangsa buli dan akhirnya mereka jatuh cinta. Satu kejadian buruk terjadi di mana kedua-duanya telah diculik.


Ibu Kang Hyung Joon (wanita simpanan kepada datuk Jung Woo), dan ayah Jung Woo berebut sejumlah wang yang banyak. Ibu Hyung Joon berjaya memindahkan duit itu ke dalam akaun bank Swiss dengan pertolongan jururawat, Jun Hye Mi. Bagi membolehkan mereka meninggalkan Korea dengan selamat, dia terpaksa menculik Jung Woo. Namun, tanpa dijangka ketika Jung Woo dan Soo Yeon menjadi manga culik, mereka telah dipisahkan dan Soo Yeon dianggap telah meninggal dunia. Namun sebenarnya, Hyung Joon telah menyelamatkan hidup Soo Yeon dan mereka bertiga bersama-sama Hye Mi telah meninggalkan Korea.



14 tahun kemudian, Jung Woo menjadi detektif homisid dan bertekad untuk mencari Soo Yeon, yang dipercayainya belum mati. Soo Yeon dikenali sebagai Zoe Lou,seorang pereka fesyen muda yang mempunyai personaliti ceria, namun menyimpan luka lama kehidupan masa silamya. Takdir menemukan kembali mereka berdua, tetapi Zoe tidak dapat memaafkan Jung Woo kerana tindakannya meninggalkan dia ketika diculik. Sementara itu, Kang Hyung Joon, yang menjadi kaya raya dengan duit peninggalan ibunya, kembali ke Korea demi membalas dendam. Luarannya dia mesra dan baik, namun sebenarnya seorang pembunuh psikotik dan menggunakan nama samaran Harry Borrison demi membalas dendam terhadap ayah Jung Woo kerana telah membunuh ibunya.



Park Yoo Chun - Han Jung Woo
Yoon Eun Hye - Lee Soo Yeon @ Zoe Lou

Watak utama


Yoo Seung Hoo - Kang Hyung Joon @ Harry  Borrison

Drama ni baru start kat TV 9 setiap hari Isnin dan Selasa, sekarang baru nak masuk episod 9. Best cerita ni tau, sebab pelakon-pelakon dia betul-betul menghayati watak. Watak yang jadi kesukaan aku, Han Jung Woo semasa muda. Mula-mula tengok dia tak rasa terkesan pun,hehe, tapi bila saat dia dengan Soo Yeon kena culik tu yang rasa aura dan lakonan dia betul-betul berkesan. Muka budak, biasalah cute tapi suara besar!!! Tak macam umur 15 tahun padahal dalam profil sebenar dia, dia dalam lingkungan 16 tahun (ikut tahun Korea, dia dah 17 tahun).
Hah! Nak bawak mana anak aku tu? Sampai ke malam tak reti nak balik!!!
Trademark. penyepit baju yang Jung Woo bagi kat Soo Yeon
" Datang,tak datang. Datang ,tak datang"
Ayaq mata keluaaq tak berenti!!!
Ayaq mata nampak seketul-ketul!!!

Setakat ni, tak mau tengok spoiler kat Youtube walaupun cerita ni dah habis tayang. Semua ada dalam 21 episod, mungkin lebih la tayangan kat sini sebab cerita dah potong tambah dengan iklan yang lama...so mau tak mau tengok kat TV je la....cuma kalau ada hal tak boleh nak tengok, kena bukak Yourtbe jugak la....tak seronok sebab tak puas tengok kat laptop...so, jangan lupa nonton I Miss You ye!!!




Credit : soompi.com , dramabean.com , koreandrama.com , wikipedia.com


Monday, 4 February 2013

YeWook, YeHyuk & YeKyu




Peek-a-bo,Shy Smile & Wooshhhh~~~




Ayah & Anak

    Suka dia no!!!!

Newborn baby panda

Tengok, baby panda ni pun boleh senyum kat orang! Siap boleh hai lagi!!

Hai awak!!!

Ewah!!!!  Posing ke cover jatuh tu??? Hehehe

Message to ELF


To all ELF in the world, this is for you!!!


Inai ( Terbaru)

Suka sungguh aku dengan inai, sampaikan tahun lepas aku rasa banyak kali aku buat. Sebelum ni aku ada post cara buat inai, tapi kali ni aku post berserta gambar sekali. Tapi gambar pun aku snap guna webcam ja...huhuhu, kamera ada problem so terpaksa la guna webcam. Insyaallah,ada kamera baru nanti aku letak gambar banyak-banyak nanti! Ok, selamat membaca dan maaf, gambar tak lawa!!!



Daun inai yang aku guna. Selalunya aku pakai petik je daun inai, tak tau pun kalau warna daun inai tu hijau atau berbintik hitam ini boleh bagi warna yang berbeza. Ada la jiran kat rumah ni yang bagitau,inai yang berbintik-bintik hitam ni boleh bagi inai lagi merah. Rasanya betul sebab ada sebelum ni aku cuma guna daun inai semata-mata saja, tak campur kopi dan teh, warnanya lagi merah dan terang.

Masukkan daun inai penuh macam ni.
Daun inai dah masuk dalam blender. Guna blender kering, kalau guna blender basah/ blender biasa tak jadi. Inai jadi berair sebab dimasukkan air dan tak boleh nak kepal. Blender kering ni semua dah tau kan, tak perlu tambah air kan. ~~ (^^,)
Nah, lagi!!! Siap sedia untuk blender!!
Rupa daun inai dalam blender,huhuhu, ni pun nak bagitau jugak ka??? Poyonya!!!

Oops! Sebelum tu, masukkan ½ sudu kecil teh, ½ sudu kecil kopi dan 2 sudu kecil nasi sejuk. Tapi, masa aku buat ni aku terrr….termasukkan 1 sudu kecil teh dan kopi, jadi inai aku agak gelap, bukanlah hitam terus tapi kali ni jadi merah gelap, aku suka inai yang warna merahnya merah terang. Tapi kalo nak merah gelap buatlah macam aku buat ni. Hasilnya kita tengok nanti.


Disebabkan aku tak ambik gambar inai yang dah siap, terpaksalah aku cerita banyak sikit kat sini. Masa nak blender inai tu, kena ulang banyak kali  untuk melumatkan inai tu. Aku kira dalam 10 kali jugak aku buat!!! Sebabnya bila daun inai tu dah lumat, dia lekat kat tepi so kena berhenti blender, ambik sudu kais  inai yang dah lumat tu. Kemudian , tutup balik dan goncang-goncang sikit bekas blender tu bagi daun inai  rata balik. Sebab tu kena berhenti, goncang dan sambung blender. Buat la sampai kita dapat segumpal inai yang lumat, good luck ye!!!

Tips nak bagi inai tu tak comot dan berlemoih (betoi ka eja ni?), sebelum nak pakai inai boleh pakai selotep keliling jari, make sure satu ruas. Pas tu boleh terus pakai inai. Kat bawah ni aku bagi tips mudah nak bubuh inai kat jari.

-         >>> Pakai inai lepas dah makan malam dan selesai solat isyak. Nanti tak la kalut sangat tak makan lagi, tak sembahyang lagi. Nanti kan jadi kaluttttt pulak!
-          >>> Nak mudahkan pakai inai ni, basahkan dulu tangan dengan air. Letak semangkuk air kat tepi masa nak kepal inai,tak la nanti jeri-jemari tu kering. Celup jari dalam air tu untuk  mudahkan pemakaian inai.
-          >>> Untuk tukang letak inai, pakai la sarung tangan plastik. Tak mau pakai pun tak pa kalau dia pun nak pakai inai jugak nanti.
-          >>> Nak tido bungkus la tangan dengan plastik, tujuannya tak mau kotorkan cadar masa tidor nanti.( tangan jadi berkewap la…)
-         >>> Inai ni nanti bila dah kering, dia akan mengecut sampai kering, kering keras pulak tu. Itu maknanya jari dah menyerap semua getah inai tu.Kiranya biar untuk satu malam.



Siap!!! Gaya pertama, regangkan jari jemari!!!


Gaya kedua, rapatkan kembali!!! (Dah mcam muncung buaya aku tengok)

Gaya terakhir, see my thumb??? Hehehe

Sebelum dan selepas