Read more...

Sunday, 24 February 2013

I Miss You





Lee Soo Yeon (15 tahun) menjadi mangsa buli di sekolahnya kerana ayahnya dituduhseorang pembunuh. Dia bertemu Han Jung Woo(15), anak orang ternama dan ayahnya juga seorang gengster. Jung Woo menyelamtkan Soo Yeon dari menjadi mangsa buli dan akhirnya mereka jatuh cinta. Satu kejadian buruk terjadi di mana kedua-duanya telah diculik.


Ibu Kang Hyung Joon (wanita simpanan kepada datuk Jung Woo), dan ayah Jung Woo berebut sejumlah wang yang banyak. Ibu Hyung Joon berjaya memindahkan duit itu ke dalam akaun bank Swiss dengan pertolongan jururawat, Jun Hye Mi. Bagi membolehkan mereka meninggalkan Korea dengan selamat, dia terpaksa menculik Jung Woo. Namun, tanpa dijangka ketika Jung Woo dan Soo Yeon menjadi manga culik, mereka telah dipisahkan dan Soo Yeon dianggap telah meninggal dunia. Namun sebenarnya, Hyung Joon telah menyelamatkan hidup Soo Yeon dan mereka bertiga bersama-sama Hye Mi telah meninggalkan Korea.



14 tahun kemudian, Jung Woo menjadi detektif homisid dan bertekad untuk mencari Soo Yeon, yang dipercayainya belum mati. Soo Yeon dikenali sebagai Zoe Lou,seorang pereka fesyen muda yang mempunyai personaliti ceria, namun menyimpan luka lama kehidupan masa silamya. Takdir menemukan kembali mereka berdua, tetapi Zoe tidak dapat memaafkan Jung Woo kerana tindakannya meninggalkan dia ketika diculik. Sementara itu, Kang Hyung Joon, yang menjadi kaya raya dengan duit peninggalan ibunya, kembali ke Korea demi membalas dendam. Luarannya dia mesra dan baik, namun sebenarnya seorang pembunuh psikotik dan menggunakan nama samaran Harry Borrison demi membalas dendam terhadap ayah Jung Woo kerana telah membunuh ibunya.



Park Yoo Chun - Han Jung Woo
Yoon Eun Hye - Lee Soo Yeon @ Zoe Lou

Watak utama


Yoo Seung Hoo - Kang Hyung Joon @ Harry  Borrison

Drama ni baru start kat TV 9 setiap hari Isnin dan Selasa, sekarang baru nak masuk episod 9. Best cerita ni tau, sebab pelakon-pelakon dia betul-betul menghayati watak. Watak yang jadi kesukaan aku, Han Jung Woo semasa muda. Mula-mula tengok dia tak rasa terkesan pun,hehe, tapi bila saat dia dengan Soo Yeon kena culik tu yang rasa aura dan lakonan dia betul-betul berkesan. Muka budak, biasalah cute tapi suara besar!!! Tak macam umur 15 tahun padahal dalam profil sebenar dia, dia dalam lingkungan 16 tahun (ikut tahun Korea, dia dah 17 tahun).
Hah! Nak bawak mana anak aku tu? Sampai ke malam tak reti nak balik!!!
Trademark. penyepit baju yang Jung Woo bagi kat Soo Yeon
" Datang,tak datang. Datang ,tak datang"
Ayaq mata keluaaq tak berenti!!!
Ayaq mata nampak seketul-ketul!!!

Setakat ni, tak mau tengok spoiler kat Youtube walaupun cerita ni dah habis tayang. Semua ada dalam 21 episod, mungkin lebih la tayangan kat sini sebab cerita dah potong tambah dengan iklan yang lama...so mau tak mau tengok kat TV je la....cuma kalau ada hal tak boleh nak tengok, kena bukak Yourtbe jugak la....tak seronok sebab tak puas tengok kat laptop...so, jangan lupa nonton I Miss You ye!!!




Credit : soompi.com , dramabean.com , koreandrama.com , wikipedia.com


No comments:

Post a Comment