Lama tak update blog ni. Dekat lima bulan
lamanya tak, patut la berhabuk!!! (mana habuknya, tak nampak pun…) bukannya
apa, kadang-kadang mood nak menulis tu terus hilang bilamana sebelum ni aku banyak
post entri bergambar je. Oklah dari aku melalut terus,nilah entri yang aku cuba
buat kali ni.
Sepanjang tahun 2012 yang lalu, banyak
petua-petua tradisional yang aku cuba terutamanya nak merawat jerawat yang
selalu tumbuh kat muka ni. Nasib baik bukan jerawat yang teruk-teruk tu cuma
jerawat yang naik sebijik dua kat muka ni. Maklumlah, kulit muka ni jenis
berminyak tapi bukanlah tahap serius yang boleh buat goreng ikan tu! Hehe! Tak
berminyak sangat dan tak berminyak sangat. Petua-petua ni aku dapat dari
majalah Mingguan Wanita, kat blog-blog yang aku jumpa dan kat Youtube. Tapi
kan,aku dah tak ingat blog dan video tu nama apa…hehe. Aku Cuma taip terus
dapat, baca petua dan tutup.Yang penting petua tu aku ingat! Ok, antara
bahan-bahan yang aku dapat dengan senang ialah limau kasturi, asam jawa, beras,
madu, oat. Bahan yang aku nak tapi tak ada di rumah, minyak zaitun. +_+ .
Takpalah, buat guna apa yang ada je dulu.
Limau
Kasturi
Nasib baiklah kat rumah ada pokok limau
kasturi ni. Petik je tepi rumah.
Tepi rumah?
Sebelah rumah pun boleh, itu pun kena mintak
kat jiran sebelah la!
Oklah janji limau lah. Limau kasturi ke, limau
nipis, limau purut, lemon, itu nanti aku cerita.
Ni
Limau kasturi dulu ok! Sebab kat rumah aku ada yang ni je. Nak guna limau nipis
pun boleh.
Apa yang aku buat ialah, aku perah limau
kasturi tu dan terpulang sama ada nak campur sikit dengan air ataupun tak
(dalam kes aku, aku tak campur pun), kemudian sapu kat muka dan biar sekejap
sampai jus limau tu meresap ke dalam kulit, kemudian bilas.
Lebih elok kalau buat sebelum mandi. Ataupun sebagai masker sebelum tido.
Tujuannya nak hilangkan minyak di muka,
menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit muka.
Tapi ni untuk kulit berminyak, bukan untuk
kulit muka sensitif ye, pedih tu! Tapi bukanlah pedih menyucuk, pedih sikit je.
Pengalaman aku, kat pipi aku ada 2,3 bijik
jerawat dan dalam satu malam lepas aku sapu jus limau ni, jerawat dan mengecut
bila bangun keesokannya. Cepat giler!!!
Buat la dalam dua, tiga hari untuk nampak
keberkesanannya. Ataupun sampai jerawat dah hilang.
Asam
Jawa
Fungsi asam jawa ni pun sama jugak macam
limau nipis, nak menghilangkan minyak di muka.
Lagi
asam jawa ni boleh melicinkan kulit muka dan menegangkan wajah.
First time aku buat, muka jadi tegang dan
licin! Cara dia, ramas asam jawa sekali dengan bijik dan serat.
Lepas tu ambik pati asam jawa tadi, sapu
kat muka.
Apa yang aku buat, mula-mula aku sapu kat
seluruh muka,pastu gosok-gosok sikit, jangan ganas-ganas tau.
Aku gosok kat hidung dan dagu. Kemudian aku
picit-picit sikit kat hidung dan dagu untuk buang buntil-buntil minyak yang
warna kuning jernih tu…biasa dok picit hidung dan dagu tu taulah no! Memang
petua ni sesuai untuk aku,hehe!
Beras
Banyak kegunaan beras.
Boleh menghaluskan kulit, memutihkan kulit,
boleh buang bintik-bintik hitam kat hidung.
Aku pernah muka buat skrub muka dan skrub
badan dengan beras ni.
Mula-mula aku buat, simple je. Beras
semata-mata tak campur dengan bahan
lain.
Ambik
dalam satu atau dua genggam beras, goreng beras sampai perang sikit tanpa
menggunakan minyak.
Kemudian, kisar guna pengisar kering
ataupun dry blender. Kisar sampai dia halus, boleh ulang blender 2,3 kali tapi
aku kadang-kadang 3 kali!
Dah siap ambik dalam sejemput, gosok-gosok
kat muka yang dah dibasahkan dengan air. Gosok lebih sikit especially kat hidung dan dagu, biar sekejap sampai kering dan bilas muka.
Rasa licin tau!
Cara kedua, ambik dalam sejemput jugak
campur dengan air sikit bagi likat, gosok-gosok kat muka dan biar sampai kering
dan bilas muka.
Kiranya 2 dalam 1, skrub dan masker.
Cara ketiga aku buat masker beras ni, aku
campur banyak bahan.
Aku sekalikan beras, oat, madu dan limau kasturi.
Boleh buat untuk muka dan badan.
Aku guna dalam 2 sudu besar untuk beras dan
oat.
Kisar asing-asing beras dan oat sampai halus.
Campurkan sekali dalam mangkuk ataupun
bekas plastik kecil untuk memudahkan penyimpanan.
Kemudian dalam bekas yang sama, tambah 2
sudu besar madu dan perahkan 2 biji
limau kasturi saiz sederhana dan kacau bagi semua bahan sebati.
Bila nak guna, baik guna sudu plastik dan
oh ya, nak kacau tu guna sudu plastik.
Ni nak elakkan madu tu hilang zat bila
tersentuh sudu besi.
Sebaik-baiknya lepas dah mandi, sapu skrub ni
kat muka atau badan, biar sekejap sampai kering dan bilas. Rasa lembut lepas
tu,hehe!
Madu
Oh madu!!!! Madu lebah ye bukan madu yang
maksudnya lagi satu tu,hihihi!
Paling senang nak guna madu ni, masker
madu.
Masker yang paling simple.
Sebelum nak mula, basahkan dulu muka dan
lap bagi kering. Make sure guna tuala muka yang lembut dan jangan lap kasar
sangat. <Hehe,macam pernah buat je bunyinya>.
Ok, lepas tu dengan menggunakan berus ,
ataupun yang tak ada berus muka, guna sudu plastik, sapukan madu kat seluruh
muka.
Kalau yang guna sudu plastik, sapu dengan
menggunakan belakang sudu plastik.
Biar sampai kering atau dalam 15 minit,
kemudian bilas muka.
Oat
Yang oat ni special!!! Aku cukup suka
dengan oat!!!
Petua ni aku dapat dari Youtube tak lama dulu
tapi, aku dah tak ingat nama dia apa. Kredit untuk dialah.
Bagi
yang kulitnya sensitif, kering, kemerahan dan mudah mengalami gatal-gatal di
muka, petua ni mungkin sesuai.
Ambik oat dalam segenggam, dan di bawah air
yang mengalir perlahan cuba basahkan oat sampai oat jadi macam nestum,
agak-agak lembik macam tu lah.
Air
oat yang mengalir tu boleh digunakan
untuk membasahkan muka.
Kiranya macam prep; pra permulaan untuk membasuh muka.
Tepuk-tepuk air oat tu kat muka bagi lembab
dulu.
Dan oat tu sapu kat muka macam guna
scrub.
Bagi lebih perhatian sikit kat hidung, pipi
dan dagu.
Bagi
aku la kan, pengalaman aku buat oat sebagai skrub kan, aku boleh rasakan
seperti pencuci dan skrub seperti dua dalam satu jugak.
Oat
lagi lembut dari mana-mana skrub tradisonal yang aku pernah buat.
Hasilnya, kulit jadi licin dan liang-liang
pori jadi halus.
Merah sebab jerawat pun
hilang,Alhamdulillah.
Sekian petua yang aku kongsi di sini. Sekadar
mahu berkongsi khasiat dan manfaat bahan-bahan semulajadi yang terdapat di
sekitar rumah kita, yang mungkin kita tak sedar sebenarnya senang dan berkesan.
sy guna asam limau kasturi di muka tp knpa erk rasa pedih2 sikit ???
ReplyDeletesbb limau kasturi bersifat asid
DeleteGood
ReplyDeletenice sharing =)
ReplyDeleteKalau limau kasturi tu airnye kurang,boleh terus toyoh kat muka tak?
ReplyDeleterasanya kan, emmm.. kalau sebiji tu airnya sikit, boleh kan kita ambil lagi satu biji yg lain. ataupun blogger ada tulis yg boleh tambah dgn air.. cuma blogger x campurkan limau dgn air. :)
Deleterasanya kan, emmm.. kalau sebiji tu airnya sikit, boleh kan kita ambil lagi satu biji yg lain. ataupun blogger ada tulis yg boleh tambah dgn air.. cuma blogger x campurkan limau dgn air. :)
Deleterasanya kan, emmm.. kalau sebiji tu airnya sikit, boleh kan kita ambil lagi satu biji yg lain. ataupun blogger ada tulis yg boleh tambah dgn air.. cuma blogger x campurkan limau dgn air. :)
Deleteterbaik sharing ni..seeloknya mmg bagus gunakan bahan semulajadi yg sis terangkan tu..drpd ambik produk yg byk kimia bahaya mcm kawan sy kerap sgt tukar produk bukan bertambah baik main teruk adalah.
ReplyDeleteSy biasa guna madu alhamdulillah..hilang la batu2 miteor...hehehe...tp biasanya utk jerawat truk bgs juga guna limau..mmg akn kecut..
ReplyDeletehuhuhuhu this is what I'm looking for. thanks for useful tips sis. ><
ReplyDeleteJln jln sini tgok petua masker..
ReplyDeleteDah lama rasa kak tk buat masker semuladi ni..nk start balik lah..
Thanks ..share info pasal masker ni..
PERHATIAN!!!!! PERHATIAN!!!!!!!
ReplyDeletenak kulit GLOWING dan PUTIH GEBU seluruh badan?
nak jadi yang paling MENAWAN di kalangan kawan dan rakan sekerja?
nak produk yang JANJI BERKESAN tanpa kesan sampingan?
cubalah zettawhite whitening kapsul dari Taiwan!!
inilah rahsia kulit artis Taiwan begitu putih dan cerah!!!
inilah peluang anda memiliki kulit yang serupa artis!!
Mengapa zettawhite?
<3 capros dari Phyllanthus emblica (US whitening Patent 6124268、6290996、6235721、6362167、6649150、8206757、EP 1465589 B1) : sudah ada research paper mengesah ia ada whitening effect . Memutihkan badan dengan mengurangkan melanin
<3 revasterol: anti-penuaan
<3 ceramide: membaiki cell, mengurangkan flek hitam, melembapkan kulit
<3 l-cysteine:mengambil tempat dlm proses pembentukan l-glutathione. Ia juga mengurangkan jeragat, pigmentasi
<3 coq10 (US7910340、DE60225478、EP1466983、RU2298035、AU2002357526、CA2471763、JP5074287、CN100523205、I349039 skin patent): dari kilang kanebo, japan yang adalah kilang penghasilan coq10 terbesar di dunia dan mempunyai pengalaman dlm hasilan coq10 selama 40 tahun yang menghasil 100% natural coq10, bukan sintetik. Sudah ada research ia dpt mengurangkan kedut.
<3 bioperine (US Patent 5536506 ; 5744161; 5972382 ; 6054585;、JP3953513、CA224746,EP0810868): meninggikan absorption semua content lain, biar semua yang dimakan berefektif & X dibazir!!
nak order?
pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
>> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
atau whatsapp 010-840 9080
>>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
atau wechat: zaqueno