Assalamualaikum...lama aku tak update blog aku ni, sebenaqnya banyak benda aku nak tulis kat blog aku ni ... tapi benda2 yang aku nak tulis mesti ada time aku tak dok depan laptop....bila dok sorang2, tengah berjalan ka, on the way nak pi kelas ka, mesti ada ja benda yang terlintas yang boleh gambarkan satu2 benda atau kejadian.
1001 EMOSI...
Tapi hari ni seribu satu emosi aku lalui...mulanya dengan satu insiden, bukan eksiden ; yang berlarutan hingga la hari ni...nak cerita kat orang pun aku tak sanggup, orang yang dengaq pun akan kata aku ni memang melampau...aku tahan, tahan emosi aku supaya tak terzahir di perlakuan...aku sabaq lagi dan akhirnya malam tadi aku gagal nak bendung perasan tu...
KAWAN KU, CIK E...
Nasib baik dengan sorang kawan aku luahkan perasaan aku...walaupun perkara sebenar aku tak bagitau lagi tapi ada sikit benda yang buat aku risau, gelisah tu dapat aku bagitau kat dia...kawan aku pun terkejut dan marah2 sikit...tapi aku terima nasihat dan pandangan dia...mula tu aku tak paham dan susah hati lagi, aku cakap dan cakap sampai dia buat surender ngan aku
SORRY SORRY ;P
Dan buat kawan ku, di sini aku mintak maaf, sori sori sori....sebab boleh nampak hang cuba nak pahamkan aku, buat aku nampak kesan kalau aku berterusan berperangai macam tadi....sori kawan sampai hang tercerita benda2 yang patut jadi rahsia hang...apa rahsia itu??? Biaqlah aku simpan...
Dan bukan setakat tu ja, ada masalah yang menjadi beban kat aku bagi hang benda tu boleh diselesaikan dan ada benda yang menjadi masalah buat hang bagi aku boleh diselesaikan...Alhamdulillah, tu lah gunanya kawan bukan untuk bergelak saja tapi nasihat kita jugak di waktu kita susah.
Elok ja lepas habis cakap ngan kawan aku tu, aku pun balik ke dpp aku yang paling cherok tu, aku rasa lega sangat...even tak semua benda aku bagitau, at least ada gak benda2 yang ganggu pikiran aku dah settle
POINT(S)...
Dari kisah yang timbul, teringin aku nak tulis...tapi tadi terlalu banyak benda yang aku nak letak...sekarang aku cuba list kan mana yang dekat ngan aku
HATIKU...
Aku TAK MAU dah tipu perasaan aku, cukup2 la...walaupun selama ni aku cuba yakinkan diri aku yang aku tak begitu dan aku begini....tapi setelah bertahun-tahun aku hidup dengan statement tu, akhirnya aku sedar aku perlu mengaku kelemahan aku, dan ingin aku tegaskan kat sini walaupun aku ada kelemahan dan aku berjaya kenalinya, aku mahu atasi kelemahan tu dan slow2 buat perubahan...walaupun sukar, benda ni untuk kebaikan aku juga
TAK SEMUA yang cantik secara zahirnya, dalamnya cantik...itulah hakikat, susah nak jumpa yang cantik luar dan dalam terutamanya hati....HATI SEORANG LELAKI...aku rasa aku belum layak untuk bincangkan hal ni dengan lebih detail terutamanya DIA...aku tak mengenalinya dengan rapat dan aku hairan kenapa selama tiga tahun aku belajaq kat sini, aku TAK MAMPU berkawan dengan dia sebagaimana dengan orang lain? BAGI AKU, he is good looking...but!!!! Dari apa yang aku dengaq dari kawan2 dia dan aku, dia SUKAR difahami...itulah masalah sekarang...Tapi bila aku tengok dari sisi yang lain, ada sebab kenapa aku tak dapat dia...mungkin perangainya nanti boleh bawak masalah aku kalau aku kawan ngan dia??? MUNGKIN...STOP, cukup sekadar ini.
DAN MEREKA...
Dan KAWAN BAIK aku terutamanya lelaki, sukar untuk aku terima lebih dari tu...sukar bagi aku bila kawan baik tu bertukar kepada istimewa...aku TAK BERANI mengatakan tak dan TAK BERANI komen apa2...aku hanya sekadar kawan dan tak lebih dari tu...SUKAR sebenaqnya
Ni saja yang mampu aku kongsi, selebihnya tunggulah...dan mungkin menjadi rahsia hingga tiada siapa pun tahu...BIARKAN...sekian
No comments:
Post a Comment